SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Tuesday, August 26, 2008

Mencari Ketenangan Sebelum Menghadapi Kesibukan...


Sebelum kita menghadapi bulan sibuk dan penuh dengan pancaragam manusia ketika melayani kerenah penunai dan penerima zakat...pihak pengurusan blog wilayah selatan ingin menyarankan supaya menenangkan fikiran dengan bercuti dan menghirup udara segar di Pulau Pangkor dalam masa terdekat ini, iaitu 30 hingga 31 haribulan ogos 2008. Aktiviti ini agar membolehkan kita menghadapi kerja yang akan menyusul hebatnya. Segala aktivi yang ingin dirancangkan ini adalah berbentuk santai dan tenang tanpa memikirkan segala kerja buat seketika.
Dan butirannya seperti berikut:-

tempat: Pulau Pangkor
tarikh: 30 dan 31 ogos
anggaran bayaran: RM50 sahaja
aktiviti: perkemahan dan perkelahan
pengangkutan: bas berhawa dingin

sesiapa yg berminat sila hubungi areyie utk tempahan tmpt dan tiket bas.





Monday, August 25, 2008

Ternak Cacing...Apakata JPU&JPA? Bina Asnaf Cermelang...

KURSUS ASAS PENTERNAKAN CACING KOMPOS
& KE ARAH INTEGRASI PENANAMAN CILI
Kursus akan dijalankan pada
Tarikh : 14.09.08
Masa : 8.30 pg- 3.30 ptg (SATU HARI SAHAJA)
Tempat : No. A-15, Wisma Norbaya, Jalan 2/4C, Desa
Melawati, 53100 KL
Bayaran : RM238.00 Seorang
Peserta akan diajar secara amali dan teori :
1. Misi Penternakan Cacing Kompos
2. Mengenali spesies cacing/ Habitat/ Kitar hidup
3. Pemakanan dan Penyediaan medium
4. Pembiakan dan Penjagaan cacing
5. Penetasan Telur Cacing
6. Kawalan dan Keselamatan
7. Penuaian dan Pengasingan
8. Pembungkusan
9. Penawaran dan Permintaan pasaran
10. Potensi Usahawan Cacing
11. Model dan Strategi Pemasaran
12. Perancangan dan Pengurusan Kewangan
Latihan amali
1. Mengenali jenis cacing
2. Penyediaan medium.
3. Penyediaan Bekas Cacing
4. Menuai Cacing
“Contract farming” akan ditawarkan kepada yang
berminat dan begitu juga dengan pembekalan “medium”
untuk penternakan cacing pada harga yang
berpatutan.
Anda akan diberi tips untuk mengamalkan sistem
integrasi antara penternakan cacing dan tanaman
cili untuk menambah pendapatan anda

Ikan Dalam Kanvas...Peluang Pd F/M Zakat...Apa kata JPU?


KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN DALAM KANVAS
Kursus akan dijalankan pada
Tarikh : 30.08.08 Sabtu
Masa : 9.00 pg- 6.00 ptg (SATU HARI SAHAJA)
Tempat : No. A-15, Wisma Norbaya, Jalan 2/4C, Desa
Melawati, 53100 KL
Bayaran : RM180.00 Seorang
Peserta akan diajar :

1. Pengurusan ditempat projek
2. Prinsip Kesihatan Ikan
3. Pemasangan Kanvas secara Teori dan Praktikal
4. Masalah dan Cara Mengatasinya.
5. Bagaimana mencari Pasaran
6. Bagaimana anda boleh tau jenis Jantina Ikan
KELEBIHAN MENTERNAK IKAN DALAM KANVAS IKAN BERPROTEIN
TINGGI
1. KURANG BERBAU HANYIR
2. IKAN CEPAT MEMBESAR 3-5 BULAN
3. TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YG LUAS
4. PULANGAN YG TINGGI
Saksikan Teknologi Terbaru ini hasil Penyelidikan
Universiti Sains Malaysia dan telah mendapat
pengiktirafan dari Jabatan Perikanan Malaysia.
ANDA BOLEH MENJADI SALAH SEORANG DARI PESERTA PROJEK
PENCERAMAH JEMPUTAN : EN. SHAHRUL DARI NEGERI
SEMBILAN, PENTERNAK & USAHAWAN BERJAYA

SEMOGA BERJAYA

aSSalamualaikum....ya ahlil LZS....alhamdulillah kita panjatkan kepada Ilahi atas barakah yang tidak terhingga dikurniakan kepada pentadbir2 zakat seluruh dunia...kalau semacam ini natijahnya yang berlaku kepada semua penerima yang akur dan sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka apabila menerima bantuan maka rasanya tak susah kerja para2 amil yang bertugas...esok2 ada jawapan yang nak diberikan apabila ditanya kelak.....

Baru-baru ni saya sempat ker Semenyih...pasar paginya perghhhh macam2 ada....sekian lama saya kesana namun baru hari ni saya terserempak dengan mereka2 ini....rasanya ada banyak lagi tapi sepanjang berada di LZS baru satu yang ku lihat berada diluar kotak pemikiran LZS sebegini yang didepan mata begini.......kalau dekat seksyen 3 Shah Aalam tu banyak....tapi kalau kat Wilayah Selatan ni...hmmmmmmmm ntahlah....agaknya dah kena tarbiah dengan ostad KOKONG kot......ada hikmah rupanya kokong masuk agihan balik......
Kalau tak silap saya yang berniaga ni adalah asnaf LZS yang menerima bantuan perniagaan dari LZS...rasanya dah banyak tempat dia g kot sampai ker semenyih saya jumpa dier.....banyak kali gak saya dok terserempak dengan lori makcik ni kat atas jalan tapi bukan berniaga cuma.....mungkin mencari2 tempat nak berniaga.....kalau kat Hulu Langat tu biasa nampak....sampai bini aku pun dok tanya pada aku....hehe.....anyway saya bukannya apa cuma bangga dengan design dan logo yang tertera di badan lori kerana saya dan rakan2 yang lain sebahagian dari mereka....so sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka dimana jua mereka hinggap dan singgah...moga ada insan yang prihatin dan sudi menegur akan isi yang ada....SEMOGA BERJAYA mengharungi liku2 hidup yang penuh ranjau dan onak ini.....selamat menyambut Ramadhan Al Mubarakh juga dari kami buat mereka-mereka........salam/ adios.....

Wednesday, August 20, 2008

Fadhilat Tarawih...


Fadilat sunat tarawih seperti yang difahami sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu` rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa.

Hadis palsu itu bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat tarawih.

Bagaimanapun, perkara itu semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas adanya pendedahan dan menyebarkan kesahihan hadis berkenaan kepada masyarakat.

Akan tetapi, golongan yang terus taksub menerima hadis maudu�, malah bersungguh-sungguh melakukan solat sunat tarawih dengan harapan memperoleh pahala seperti yang diwar-warkan dipercayai masih ada.

Tindakan terbabit jelas boleh mencemar kesucian Islam memandangkan hadis adalah antara sumber hukum yang disepakati faquha untuk menyelesaikan masalah selain pegangan hidup kedua umat Islam selepas al-Quran.

Malah, umat Islam yang beriktikad untuk menerima hadis maudu� sebagai pegangan atau galakan dalam beribadah pula dikhuatiri boleh menjurus kepada kufur.

Hadis maudu` mengenai kelebihan solat sunat tarawih ini dikatakan sebuah hadis yang agak panjang dan kononnya diriwayatkan oleh Khalifah ar-Rasyidin keempat iaitu Ali bin Abi Talib

Mengikut hadis rekaan itu, dengan mengerjakan solat sunat tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadan, umat Islam akan memperoleh pahala yang besar dan pahala itu adalah berlainan mengikut hari.

Antara pahala yang agak keterlaluan kononnya akan diperoleh individu yang mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat tarawih mengikut hadis palsu itu adalah:

l Malam Pertama: Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah.

l Malam Keempat: Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

l Malam Keenam: Memperoleh pahala 70 ribu malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur.

l Malam Ketujuh: Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa as serta menolong baginda menentang Firaun dan Hamman.

l Malam Kelapan: Memperoleh pahala seperti Nabi Ibrahim as.

l Malam Kesembilan: Memperoleh tingkatan ibadah seperti Nabi Muhammad saw.

l Malam Ke-17: Memperoleh pahala sebanyak pahala nabi-nabi.

l Malam Ke-26: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini pahala 40 tahun ibadah.

l Malam Ke-27: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqin seperti kilat menyambar.

l Malam Ke-29: Allah mengurniakan pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Hadis maudu� sebenarnya tidak boleh digunakan untuk sebarang hujah termasuklah sebagai galakan ibadah kerana ia jelas memaparkan kenyataan yang palsu dan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan dengan begitu baik.

Rasulullah sendiri sudah memberi amaran terhadap orang yang menggunakan nama baginda untuk mengadakan pendustaan sepertimana sabda Baginda: "Siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (*tambahan kepokwasabi : Sahih Bukhari dan Muslim)

Operasi Zakat Ditutup...

Thursday, August 14, 2008

RAHSIA KEJAYAAN..." MALAM...."


RAHSIA KEJAYAAN...."SIANG BERDAKWAH"...







KONVENSYEN ZAKAT ANTARABANGSA...tahniah








UNHCR......OH UNHCR....

Salam.....hmmmm apa dah jadi ni....?
lebih kurang macam tu la desiran ayat yang terkeluar dari mulut seorang hamba Allah Taala yang sempat telinga aku tangkap lalu aku sisipkan disebelah kanan otak aku....simpan baik-baik....


kekadang aku pun trefikir gak sampai bila mereka2 ini harus berkeadaan sedemikian...ada anak...dijadikan umpan buat pancingan syiling2 yang berterbangan lalu hinggap didalam corong tupperware atau cawan kertas mereka.....lama gak aku memandang mereka tapi dia buat selamba.....payung yang ada dah tak jadi penghadang dek panas mentari tapi dijadikan pula penghadang untuk menutup "kemaluan" mereka yang komfon dah tak larat nak tutup....mahu jer aku bagi kad nama dan minta dia datang pejabat.....tapi dari datang pejabat zakat baik dia datang pejabat UNHCR....hmmmm macam mana la diorang ni.....nasib baik ayat yang telinga aku tangkap bukan berbunyi begini....."manalah LZS ni....tak buat keje ker......?"....ok lah kengkawan biar hati menafsir dan biar otak memikir.....rrrr lu pikir la sendiri......

Monday, August 11, 2008

PENTINGNYA BELAJAR, MEMAHAMI DAN MENJAGA BAHASA...

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...


************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah

Tuesday, August 5, 2008

Surah Fatihah...



Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

JOm Heboh di Perlis...



Jom Heboh TV3 telahpun bermula di Perlis. Dari 3 hingga 4 May. Mufti telah mengemukakan garis panduan untuk Jom Heboh. Mudah dan jelas.

Apa kesudahan cerita antara SS Mufti Perlis dan TV3?

Hanya MB Perlis Dr Mohd Isa Sabu boleh menyelesaikannya. Garis panduan Jom Heboh hanya boleh dilaksanakan oleh beliau. Mahu atau tidak, terpulang kepadanya.
Kesudahan menang menang adalah penyelesaian terbaik. Garis panduan SS Mufti dilaksanakan dan Jom Heboh TV3 dapat berjalan dengan lancar.

MB Perlis berjaya mengakhiri isu ini dengan keputusan menang-menang.

TV3 akan terus dengan Jom Heboh di Perlis dan akur dengan semua tuntutan Perlis termasuk tidak akan menurunkan Faizal Tahir.

Konsert pula tetap dijalankan namun dijanjikan bebas dari unsur Rock dan Dangdut (barangkali budayanya). Konsert akan berakhir pada pukul 11.30 malam.

TV3 juga ada menyediakan surau di tapak expo dengan bilal yang akan melaungkan azan bila masuk waktu solat. Manakala pada waktu itu, semua aktiviti akan dihentikan sementara.

Mereka juga akan menyediakan program agama berbentuk ceramah dan forum.

Semua yang cintakan kebaikan mengharapkan Jom Heboh dapat berjalan dengan suasana baik dan terkawal.

Sekalung tahniah kepada SS Mufti, MB Perlis dan TV3 kerana berjaya bersikap matang dalam mengatasi isu ini.

Juga tahniah kepada PAS Perlis dan sayap pemudanya yang sentiasa berada di belakang SS Mufti mendokong garis panduan untuk Jom Heboh TV3. Bukan atas sebab politik tetapi demi kebaikan umat Islam perlis.

Negeri-negeri lain patut mencontohinya.


surat mufti perlis kepada jom Heboh

Monday, August 4, 2008

Solat Orang Bujang Vs Solat orang Kahwin

DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN



Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin

Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.

Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40

Friday, August 1, 2008

Inflasi Tahap Gaban di Zimbabwe...

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.
Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.
Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

sehari dalam kehidupan mayarakat disana

harga2 barang di pasar zimbabwe,


leh tahan harga gula-gula kat sana...semua main juta jerrr

nk beli sayur pon susah nie...semua bwk beg galas utk isi duit.
segulung duit utk beli telur ayam...

time gaji HR pening nk kire kosong,takut salah kire...yg dpt gaji kene sewa lori nk bwk balik duit..


pegemis kene tadah pakai bakul la jawabnyerrr...

ini lah akibat inflasi....

Kata-Kata Negatif dan Positif...Ada Kesanya.

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, sayapun tertarik untuk melakukannya spt:

1. Tempatkan Nasi sisa yg sdh didiamkan semalaman kedalam 2 toples dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat.
2. Masing-masing toples di tempelin label yg berisi kata2 sbb:
3. Toples A : " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Toples B : " Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu "
5. Botol 2 ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada istri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol2 tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :


Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah Silahkan teman-teman mencobanya sendiri.
Kalau di buku di katakan ada yg mencoba dgn tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dlm botol yg diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yg dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rekan-rekan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yg timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.