SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Monday, September 22, 2008

"BANG...NAK DUIT BANG..."


Salam....halamak nak dihalau...kesian...nak dimarah...kesian...nak dilempang....budak...kesian pulak....tapi sesapa yang pernah dan memang dah biasa sangat kat TESCO Ampang tu pasti akan terserempak dengan budak ni....sekali tengok memang macam takda mak bapak rupanya semua completed...mak, abah, abang semuanya ada cuma mereka tinggal asing2...tak duduk sama...bawak diri memasing...apa taknya ABAHnya....seorang pengemis DADAH yang tegar, kata budak tu pada kitorang....lensa handphone aku sempat shoot gambar budak tu....kesian betul kitorang tengok...abah dah tak daya nak bagi makan...agaknyalah....mesti abahnya suruh dia cari makan sendiri....adusss Ya Allah Ya Tuhan Ku janganlah engkau jadikan keluarga ku seperti apa yang mereka lalui....berikut sedikit butir peribadi budak ni dalam temuramah eksklusif yang sempat wartawan aku tanyakan....:
Nama : TAUFIK HIDAYAT BIN SAID
Alamat : Blok D katanya....kat mana aku tak tau...mungkin area TESCO tu kot...
Bapa : Penagih....kata Taufik ada kat umah...
Ibu : Sihat tapi ada kat kampung...
Abang : Tak tinggal sama dah...
Umur : 7 tahun ma.....
Si Taufik ni akan berjalan2 saban hari untuk mencari sesuap nasi dan mungkin juga untuk mencari rezeki untuk abahnya yang hanya tahu tidor kat umah....bayangkan bila dia menyapa kita..."Bang....nak duit bang...nak makan..".....agak2 apa yang korang akan rasa...budak ni pulak tu petahnya bukan main lagi...apa yg aku tanya dengan selamba jer dier jawab...hebat betul...dari kita semua marilah kita panjatkan doa agar kanak2 ini dapat melalui jalan2 kehidupannya dengan penuh lindungan dari Allah SWT... "jaga diri dik"

Friday, September 19, 2008

ZAKAT D' TESCO....



Tahniah buat teman2 yang sentiasa bersama menabur air muka cuka tatkala pamphlet dihulur kepada mereka2 yang bergelar prospek....natijahnya...nahhhhhh RM 125,000.00 tertanam didasar akaun LZS MAIS.....redha dan harapan barakahnya kerja di LZS itulah rasanya yang lebih utama....buat LZS dan JOWS maaf andai apa yang dilakukan oleh group kami membenihkan rasa curiga dalam diri........adiosssss.......
SALAM AL MUBARAKH DAN EIDUL FITRI dari kami di Dakwah JOWS....

APA MACAM ADA BERAN....




Hahahaahahah......geli...geli...tolong....geli geli....
kalau berani rendam la kaki tu...aku dah buat....hehe

Belajar Dari Sejarah

oleh:Abdul Halim Bin Abu Bakar
Penulis tertarik dengan tulisan salah seorang pembaca Utusan Malaysia bertarikh 18 September 2008 bertajuk jangan Padam Fakta Negara berkaitan asal usul penduduk cina di Malaysia. Beliau dengan rasa rendah diri mengulas beberapa fakta sejarah yang dipetik dari beberapa tokoh sejarah Malaysia dan British. Beliau membangkitkan persoalan, adakah komuniti cina berjuang untuk tanah melayu? atau adakah mereka berjuang untuk diri sendiri sahaja?. Beliau juga menegaskan bahawa orang Melayu boleh mempersoalkan tentang perjuangan cina sebelum merdeka tetapi tidak boleh mempersoalkan hak cina sebagai warga negara Malaysia ketika ini.Berikut adalah tulisan pembaca Utusan dari Shah Alam tersebut;

Jangan padam fakta negara
PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."

Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu.

Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?

Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?

Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.

Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."

Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.

Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.

Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta

Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.

Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.

Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.

Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.

Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.

Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.

Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.

Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Hak istimewa

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.

Saturday, September 13, 2008

APA DAH JADI & APA CERITA NIH....?



Salam....huhu aku pun tak paham apa yang dah berlaku sebenarnya...yang pasti aku tak nampak pun apa2 notis kebenaran menampal atau menggangtung banner nih kat situ oleh MAJLIS...sedih gak pasal wording punyalah cantek tapi jadi macam SAMPAH....Ramadhan tak abis lagi...so macam mana dgn dakwah kita....sapa nak jawab tu....? itukah harga yang patut dibayar oleh apa yang kita dah usahakan....pembayar pulak apa komen mereka....? perlu diingat bahawa setiap sen duit mereka ada dalam jasad dan badan kita....NATIJAHNYA.....? nah hari ni aku tengok banner tu dah ada kat dalam longkang.....takpalah baik aku ambik bawak balik kampung buat tutup motor bapa aku.....takpun buat penghadang cahaya matahari dari masuk kerumah.....JANGAN PELIK lesen/kebenaran yang aku shoot tu bukan kita punya tapi kain rentang yang besar tu...yang tulis " penghabisan stok....".....hmmmmmmm..

Friday, September 12, 2008

TAHNIAH BUAT YANG NAIK GRED....

WAKTU KERJA JGN CURI MASA hehehe ( Sekadar gambar hiasan tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati,Gambar ini tidak bermotifkan apa- apa )


Tahniah buat semua kakitangan LZS yang di umumkan kenaikan pangkat ke gred yang baru terutama buat kakitangan dari wilayah selatan iaitu En Salahuddin Azmi dan sahabat baik saya merangkap Mantan kakitangan wilayah selatan En. Hassan ( dah x ada elaun mangku huhuhuhu ).

Kepada yang belum di naikkan gred (spt saya juga ) teruskanlah usaha , Jangan putus asa setiap yang terbaik kita lakukan serta ikhlas pasti akan ada rahmat di sebaliknya yang penting kita kena yakin , Usaha kita tangga kejayaan bro...

Kepada kawan - kawan yang di naikkan gred itu teruskan lah kecemerlangan anda itu

Tuesday, September 2, 2008

SALAM ADIOS...


Salam adios....
huhu selamat berjuang dan selamat meneruskan perjuangan Kak Jah....
moga apa yang direncanakan akan menjadi kenyataan
dan menjadi suatu pengalaman yang amat bernilai
yang tak mungkin akan dilupakan...
dari kami semua di JOWS jaga diri dan terima kasih atas segalanya.....
serangkap pantun untuk dikongsi bersama.....
( pantun ni aku kutip kat sarawaak.....hehe....habishhhh bola tanggung )
Anak Apai Makan Beradab..
Makan Bersama sayangnya Indai..
Ampun dan Maaf Huluran Beradab..
Kasih di Tuai Budi Mu Tersidai.....
kar kar kar.....aku pun tak paham...