SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Tuesday, January 13, 2009

Syor Malaysia usul pakatan tentera Islam



KEKEJAMAN kerajaan Israel terhadap rakyat Gaza adalah sama saja seperti kekejaman kerajaan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua pada 1940 sehingga tamatnya peperangan di Eropah pada Mei 1945.

Pada era itu semua orang Yahudi yang tinggal di seluruh pelosok Eropah dikumpul dan ditempatkan di kawasan khas yang dikawal rapi tentera Jerman yang dikenali sebagai Ghetto. Kawasan Ghetto adalah seperti kem penempatan pelarian, sesetengahnya adalah seperti di kawasan yang terdapat di Gaza sekarang ini. Penduduk di kawasan Ghetto dicatu bahan-bahan asas seperti makanan, air dan elektrik.

Oleh kerana kawasan Ghetto terlalu terhad untuk dijadikan tempat penahanan Yahudi, pihak Nazi Jerman secara sistematik menubuhkan satu penempatan lain dikenali sebagai Concentration Camp atau Death Camp. Kem-kem ini adalah seperti kandang-kandang lembu. Beratus-ratus kem seperti ini dibina di seluruh Eropah bagi menempatkan beratus ribu rakyat Yahudi, Gypsy, orang Slav dan minoriti yang lain.

Ramai tahanan yang mati kerana diseksa, kebuluran, wabak penyakit atau ditembak mati secara rawak. Kekejaman ini dibuat secara sengaja bagi mengurangkan bilangan Yahudi yang hidup. Pada tahun 1943, oleh kerana masalah penempatan Yahudi tidak dapat diselesaikan, Hitler telah mengeluarkan satu perintah yang dikenali sebagai Final Solution yakni pembasmian beramai-ramai orang Yahudi. Semua kem telah dilengkapi dengan bilik-bilik gas beracun untuk tujuan pembunuhan beramai-ramai.

Dari pengamatan saya, Israel sekarang ini menggunakan cara yang sama seperti yang digunakan oleh Hitler 60 tahun dulu bagi menyelesaikan masalah mereka mengenai penduduk Gaza. Kaedah yang digunakan sekarang oleh Israel ialah seperti Hitler mengenakan tindakan terhadap penempatan Ghetto di Warsaw, Poland. Melalui kaedah itu orang Yahudi akan diheret keluar dari rumah mereka dan ditembak di kawasan orang ramai atau di atas jalan raya.

Tunjuk perasaan, boikot, protes, persidangan PBB, gencatan senjata, percayalah, tidak akan memberi sebarang kesan. Apa yang perlu dibuat oleh negara-negara Islam adalah dengan menubuhkan pakatan tentera seperti NATO atau Warsaw. Masalah Palestin bukan satu masalah yang baru dibangkit, malah tiada penyelesaian sejak berpuluh tahun dulu.

Kekerasan tentera mestilah diikuti oleh tindakan ketenteraan di pihak satu lagi. Jika Malaysia dapat menyuarakan idea ini, saya rasa 95 peratus akan bersetuju (mungkin Arab Saudi dan beberapa negara Arab tidak bersetuju kerana negara itu kepada bergantung dengan pertahanan Amerika bagi menjaga kepentingan dan kekayaan negara mereka).

Negara Islam mempunyai hak yang sama dengan negara Barat untuk menubuhkan pakatan ketenteraan ini.

Saya merayu kepada kerajaan Malaysia mengusulkan cadangan. Jangan takut kalau kita benar.

AHMAD,

Massachusetts Avenue

Boston, Amerika Syarikat