SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Friday, July 10, 2009

Taraf Bumiputera Jadi Rebutan

Penulis menggangap pendapat yang diberikan oleh Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu ASRUL MUNIFF AZIZAN terhadap ADUN Kota Alam Shah di dalam Utusan Malaysia 10 Julai 2009 ada rasionalnya. Ini kerana tuntutan yang dibuat oleh M. Manoharan pada sidang DUN Selangor agar bukan Melayu diberi status bumiputera laksana seorang lelaki yang menjolok sarang tebuan. Tuntutan tersebut akan mengakibatkan suasana yang tidak tenteram di dalam negara yang tercinta ini. Dakwaan beliau bahawa kaum cina dan india diketepikan sebagai warga negara tidak dapat diterima sama sekali.

Janganlah kita lupa bahawa pencapaian kaum cina dan india di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding kaum Melayu sendiri. Contohnya di kawasan bandar-bandar besar, lebih 60% premis perniagaan dimiliki oleh kaum bukan Melayu.

Pengumuman kerajaan baru-baru ini berkenaan ekuiti bumiputera yang masih pada kadar 19 peratus untuk lebih 15 tahun lepas membuktikan bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi pemilikan perniagaan.Sudah sekian lama orang Melayu memberi sepenuh kepercayaan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh bukan Melayu.Lihat sahaja kedai runcit dan pasarraya besar,orang Melayu sangat selesa membeli dengan toke-toke bukan Melayu.Itu belum lagi bengkel kereta,kedai elektrik,kedai gunting,atau perniagaan berkaitan perkhidmatan seperti firma guaman.

Beliau juga cuba untuk menjustifikasikan bahawa dengan pemberian taraf bumiputera kepada semua kaum yang lahir selepas 31 Ogos 1957 akan merealisasikan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Sebenarnya memang senang kerajaan untuk memberi taraf bumiputera kepada semua.Tetapi besediakan rakyat untuk mewujudkan satu aliran sekolah, satu bahasa (Melayu), satu kumpulan nama individu, satu pakaian kebangsaan dan sebagainya yang ditafsirkan sebagai satu dengan monolak semua yang tidak dianggap sebagai hak majoriti.Contoh yang mudah boleh dilihat di Indonesia, Thailand,Filipina. Malah, Amerika yang dianggap demokratik sekalipun hanya ada satu sistem di dalam semua bidang.

Menurut Presiden PAMM itu lagi, Manoharan masih belum memahami sepenuhnya konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Konsep ini secara jelas menyebut '1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', bukannya bumiputera didahulukan.Maksudnya, apa sahaja usaha dan peluang untuk meraih kekayaan dan kemakmuran di negara ini terbuka kepada semua rakyat.Tiada kaum yang boleh mencemburui kekayaan kaum lain sedangkan peluang terbuka kepada semua.Lihatlah siapa yang paling kaya di Malaysia dan Asia.

Apabila disebut 'rakyat' maka semua rakyat Malaysia akan didahulukan tanpa mengira kaum. Oleh itu isu bahawa bukan Melayu dipinggirkan tidak akan timbul sama sekali.

M. Manoharan cuba untuk mencari publisiti murahan tanpa memikirkan akibat terhadap perbuatan beliau. Di dalam situasi di mana negara sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi dan wabak penyakit selesema babi, adalah kurang sesuai untuk untuk seseorang yang dipilih oleh rakyat membawa isu yang berbahaya ini ke DUN yang mulia.

Adalah lebih baik YB sekalian membantu Perdana Menteri membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan seterusnya membesarkan lagi 'peluang ekonomi di negara ini agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat sama-sama menikmati kekayaan tersebut.

Publisiti murahan seperti ini akan menyusahkan lagi negara. Jangan didebatkan perkara yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.Penduduk Melayu Singapura pun tetap menghormati pemimpinnya yang bukan Melayu,sedangkan mereka lebih berhak mengetuai dan menguasai pelbagai bidang di negara yang dikenali Temasik satu masa dahulu.Inikan pula kaum bukan Melayu di Malaysia.

Rakyat Malaysia telah hidup aman damai lebih dari 50 tahun. Setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Marilah kita bersama-sama terus mengekalkan keharmonian ini untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang.