SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Thursday, March 26, 2009

Sistem Khalifah Vs Sistem Parti

Ada sesetengah pihak berpendapat, Malaysia telah tersilap dalam mencorakkan sistem pentadbiran negara,kerana hanya berpaksikan barat dan tidak mampu lari dari pemikiran yang ditanam oleh penjajah selama ratusan tahun. Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem parti yang dianggap demokrasi tulen:
1. Menjadikan masyarakat Malaysia hidup dalam puluhan kumpulan sehingga bermusuhan.
2. Menyebabkan rakyat selalu keliru, adakah mereka perlu memilih calon yang baik ataupun parti yang mempunyai rekod baik.Jika calon,maka terpaksalah diketepikan soal parti,jika parti apakah jaminan kualiti calon.
3. Mewujudkan semangat cintakan parti melebihi cintakan agama,bangsa dan negara.
4. Banyak masa, wang ringgit dan tenaga dihabiskan untuk menegakkan kekuatan parti sebelum,semasa dan selepas pilihanraya.Bagi ahli, parti mereka adalah segala-galanya, siapa yang jadi pemimpin dia yang kita sokong.
5. Parti yang majoroti adalah yang berkuasa walaupun satu undi, sedangkan sebahagian yang lain tidak menyokong parti tersebut.
6. Parti yang berkuasa majoriti akan menyebabkan sesuatu undang-undang itu diluluskan walaupun parti minoriti mempunyai idea yang lebih baik.Maknanya undang-undang disokong dan diluluskan kerana mengikut parti pemerintah.

Maka bagi sistem khalifah, kebaikannya adalah perkara disebalik apa yang saya nyatakan di atas.
1. Tiada kumpulan yang bermusuhan mudah diwujudkan kerana rakyat memilih wakil mereka yang terbaik dengan melihat ilmu,akhlak,adil,kepimpinan dan sebagainya.
2. Pasti rakyat tidak keliru kerana mereka tidak perlu melihat pada parti tetapi diri wakil tersebut.
3. Wujudlah semangat cintakan agama, bangsa dan negara kerana bebas dari amalan berpuak.
4. Sudah pasti wakil yang dipilih tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk menaikkan diri mereka, hanya perlu bersama rakyat.
5. Individu yang dipilih sudah tentu mewakili citarasa semua rakyat di kawasannya.Jika ada yang tidak menyokong pun disebabkan mereka malas, pentingkan diri sendiri, penjenayah dan sampah masyarakat.
6. Wakil yang dipilih sudah tentu mengeluarkan idea terbaik sama ada meyokong atau menentang sesuatu isu,disinilah prinsip syura diamalkan.

Semoga apa yang ditulis ini mencetuskan idea baru di kalangan kita.