SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Wednesday, May 20, 2009

Video Family Day PD

Solution video agak rendah,utk paparan sahaja...

inginkan yg Original sila maklumkan pd saya...

hapuskan cetak rompak...

Family Day Port Dickson






Terima kasih tak terhingga atas kerjasama anda dlm menjayakan program ini, simple tapi meriah banget...
memang byk sungguh menu pada hari itu, antaranya:
Potluck:-Naget goreng 2 bekas,nasi lemak satu balang, tembikai 2 bijik,keropok lekor satu besen,nasi putih satu balang tarmos,ulam-ulam, laksa power satu kawah, jajan dan kekacang satu kedai dan lain lain lagi...
hadiah lain yg diterima ialah coklat dazzel,baju Program TAKES JOWS,hamper dan hadiah persendirian (tukar2)....
dan ini sebahagian gambar dan mengharap sumbangan dari kamera kengkawan lakk...
link gambor lain ---->> http://www.flickr.com/photos/28484956@N06/ sila klik

Tuesday, May 19, 2009

Hari Keluarga Ex-JOWS Selesai

Seperti yang dirancang dan di uar-uarkan sebelum ini, program hari keluarga ex-JOWS yang mendapat sentuhan nama 'Jom Bakor BBQ' oleh pengerusinya telah berlangsung dengan aman dan damai tanpa sebarang insiden buruk atau pergaduhan kaum.
Kehadiran awal 2 AJK merangkap peserta bersama keluarga masing-masing ke PD telah mengangkat semangat dan keterujaan untuk peserta lain ke sana.Mereka telah sampai seawal jam 11 malam sabtu 15/5/2009 dengan menaiki 2 kereta. Kepenatan menguruskan persiapan beberapa hari sebelumnya tidak langsung memberi tekanan kepada mereka berdua, ditambah lagi dengan rasa mengantuk memandu ketika orang lain sudah masuk tidur.
Penulis sampai di Pantai Lido PD jam 8.20 pagi lebih awal dari peserta lain yang bertolak pagi. Lagipun rumah saya terletak di Nilai,lebih kurang 40 minit dari PD.Ketika sampai, kelihatan Azhari dan Fadzli sedang leka dengan tugas masing-masing memasang khemah dan mengemas barang-barang majlis tersebut.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Amir dan Denish pula sampai.Kedua-dua jejaka bujang yang tidak menyertai konvoi Jamal dan Hakim dimaklumkan bertolak dari Nilai,kami tak pasti adakah mereka tidur di hentian Nilai atau tidur di rumah Amir di Nilai. Lebih kurang jam 9 pagi beberapa peserta dari Sepang dan Kuala Langat sampai,kehadiran mereka menambah lagi semangat AJK untuk meneruskan program. Tepat jam 10.30 pagi program ini telah mempunyai bilangan peserta yang mencukupi iaitu sekitar 18 orang kakitangan dan 20 pengiring (isteri/suami/anak/kawan/ibu) dan dianggap memberansangkan.
Apa yang penulis ingin nyatakan di sini, walaupun majlis tersebut dianggap ringkas, ia telah meningkatkan lagi ikatan ukhwah di kalangan kakitangan LZS yang pernah disatukan di bawah Jabatan Operasi Wilayah Selatan. Perjumpaan ini dapat mengemaskini maklumat kawan-kawan yang tertinggal sama ada perkahwinan, bilangan anak, hilang upaya dan sebagainya.
Majlis ini memberi kebebasan kepada peserta untuk bersantai sambil makan makanan laut yang dipanggang oleh 2 jejaka Politeknik Port Dickson.Minta sahaja lauk apa yang dinginkan,semuanya telah disediakan oleh AJK dan peserta, dari ayam bakar, ketam bakar, ikan bakar, sotong bakar, udang bakar hinggalah juadah harian laksa, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.
Program ini diselang seli dengan beberapa acara sukaneka bagi mewujudkan rasa ceria dan mengeratkan silaturrahim. Seronok juga melihat telatah kawan-kawan yang terkial-kial mengisi air laut di dalam belon menggunakan botol dan mengisi air laut di dalam botol menggunakan span. Mungkin ringkas, tetapi simbolik kepada golongan yang mendalami ilmu isi mengisi ini. Tetapi keterujaan peserta untuk melihat ketua kumpulan masing-masing memiliki wajah putih melepak tidak dapat dibendung. Ini dibuktikan dengan penyertaan Mr Din, Tamsir, Azhan dan Fadhli Yohman di dalam acara semut cari gula.Habis muka dan baju dipenuhi dengan tepung gandum yang dibeli khas di pasar raya Giant.Apapun tahniah la bro kerana sudi berhias dengan tepung, bukan selalu, sekali seumur hidup je.
Acara 'seiring sepeluk' pula kawan-kawan setiap kumpulan sudi bergandingan secara berdua-dua dengan kaki terikat sambil berjalan di pantai dengan jarak 15 meter.Bukan acara ini yang pelik tetapi salah seorang peserta yang berlari dengan mendukung anak,maknanya 3 orang dalam satu kumpulan.Tak kisah,janji menang.
Acara yang dinantikan dan paling menguji mental dan fizikal peserta iaitu aksi mendayung. Setiap kumpulan menghantar 2 orang peserta untuk menaiki kayak dan berdayung sehingga ke penanda yang diletakkan kira-kira sejauh 150 meter nautika. Kemudian diminta patah balik ke pantai. Berkayak adalah biasa dan selalu di lihat di TV, tetapi melihat kawan-kawan tersasar ketika berkayak dan berada di laluan yang tidak sepatutnya lebih menarik perhatian ahli lain dan pengunjung di pantai PD hari itu.Masing-masing gelak nak pecah perut apabila melihat peserta kumpulan 'Pantai' gagal mengemudi kayak mereka dan kembali semula ke pantai dalam beberapa saat dilepaskan sebelum di arah bergerak semula ke arah penanda. Lebih kelakar lagi apabila mereka sukar memusingkan kembali kayak selepas berada di dalam jarak 150 meter nautika dari pantai. Apapun itu cuma hiburan untuk kawan-kawan, tidak berniat untuk melemaskan dan menghanyutkan sesiapa.
Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur dan para peserta yang bertegang urat peha dan betis menjayakan program ini. Sebuah program yang santai tetapi simbolik dan penuh makna tersendiri.Pergilah berurut jika anda ada masalah urat saraf dan segala bayaran yang belum dilunaskan,rujuklah dengan Fadzli.

Friday, May 15, 2009

Panduan Ke PD




Cuba baca papan tanda di sepanjang perjalanan anda

Permainan Sukaria di PD



Atas inisiatif pimpinan kelab JOWS, terdapat 2 permainan yang di tawarkan dengan harga murah kepada ahli selepas majlis berlangsung iaitu 'kayaking' RM15 1 jam boleh naik 2 orang (RM7.50 seorang) dan 'banana boat' RM15 seorang sehingga terbalik boleh naik 6/7 orang.

Hari Keluarga Kelab JOWS di Port Dickson

Tarikh sebenar untuk mengadakan hari keluarga tersebut sepatutnya berlangsung pada bulan Mac, kemudian ditunda kepada bulan April 2009. Semuanya akibat pertembungan dengan program-program lain yang dibuat pihak atasan syarikat induk JOWS.
Selepas perbalahan dan perdebatan hangat yang berlaku dikalangan pimpinan JOWS pusat, maka telah dipersetujui tarikh baru iaitu 16 Mei 2009 (sabtu).Itupun jenuh sepak terajang di sana sini dikalangan pimpinan dan ahli bawahan. Sebenarnya bukan mudah untuk menjayakan majlis berbajet RM1000 ni berbanding majlis berbajet RM50,000 yang biasanya dibuat syarikat induk JOWS. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira dan dicongak, darab, bahagi dan tambah. Ada satu kumpulan ahli teringin nak bermalam di PD, yang satu kumpulan lagi tak kisah walaupun buat setengah hari. Ada kumpulan yang nak pergi bujang, satu kumpulan lagi nak pergi dengan keluarga. Maka peninglah pimpinan kelab nak atur program.Akhirnya diputuskan pergilah ikut suka hati, nak bawa diri atau nak bawa peneman diri.Pimpinan kelab pun amat memahami keperluan ahli dan tidak terlalu tegas dan bersyarat.Sebab matlamat utama ialah mengeratkan ukhwah masing-masing.
Selepas selesai mengatur segala keperluan di PD dan tempahan kemudahan asas, timbul pula masalah separuh asas.Penulis tak dapat nak cerita di sini,kena tanya pimpinan kelab.
Tetapi apa yang menyeronokkan ialah terdapat beberapa syarikat yang sudi memberi hadiah dan cenderamata kepada kelab. Kita semua kena tunggu apakah jenis-jenisnya, penulis tak dapat cerita di sini kerana terlalu istimewa.
Satu lagi yang meyeronokkan, sukaneka yang dianjurkan. Ia boleh dikelaskan sebagai acara berprestij dan hebat. Penulis percaya semua ahli tertunggu-tunggu apakah acaranya. Bagi ahli yang tak berminat masuk acara,cukuplah membawa alat sorak sokong.

Betul ke ini???

1.Adakah Penambahbaikan teknologi petrol?
2.Adakah alasan menaikkan harga petrol?
3.Adakah mempunyai propaganda lain?
4.dan apakah 'pro' dan 'con' ?
Nantikan September 2009 INI...


PUTRAJAYA - Orang ramai bakal mempunyai lebih pilihan dalam penggunaan petrol apabila kerajaan memperkenalkan minyak baru iaitu petrol tanpa plumbum RON 95 dengan harga RM1.75 seliter berkuat kuasa mulai 1 September ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan petrol RON 95 yang disubsidikan kerajaan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi menggantikan penggunaan petrol RON 92."RON 95 ialah minyak berkualiti, kurang mencemarkan udara dan harganya lebih rendah berbanding RON 92."Kerajaan memberi subsidi 3 sen untuk setiap liter untuk minyak RON 95,'' katanya selepas merasmikan penjualan petrol RON 95 di Stesen Minyak Petronas 9D di Presint 9 di sini semalam.Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.Ekoran pengenalan petrol baru itu, Ismail memaklumkan, petrol RON 97 yang digunakan ketika ini akan dijadikan produk premium bermula September ini dan dijual pada harga baru iaitu RM2 seliter berbanding RM1.80 ketika ini."Pengguna tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga RON 97 kerana petrol RON 95 sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di negara ini termasuk kereta mewah,'' jelas beliau.