SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Friday, July 10, 2009

Taraf Bumiputera Jadi Rebutan

Penulis menggangap pendapat yang diberikan oleh Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu ASRUL MUNIFF AZIZAN terhadap ADUN Kota Alam Shah di dalam Utusan Malaysia 10 Julai 2009 ada rasionalnya. Ini kerana tuntutan yang dibuat oleh M. Manoharan pada sidang DUN Selangor agar bukan Melayu diberi status bumiputera laksana seorang lelaki yang menjolok sarang tebuan. Tuntutan tersebut akan mengakibatkan suasana yang tidak tenteram di dalam negara yang tercinta ini. Dakwaan beliau bahawa kaum cina dan india diketepikan sebagai warga negara tidak dapat diterima sama sekali.

Janganlah kita lupa bahawa pencapaian kaum cina dan india di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding kaum Melayu sendiri. Contohnya di kawasan bandar-bandar besar, lebih 60% premis perniagaan dimiliki oleh kaum bukan Melayu.

Pengumuman kerajaan baru-baru ini berkenaan ekuiti bumiputera yang masih pada kadar 19 peratus untuk lebih 15 tahun lepas membuktikan bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi pemilikan perniagaan.Sudah sekian lama orang Melayu memberi sepenuh kepercayaan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh bukan Melayu.Lihat sahaja kedai runcit dan pasarraya besar,orang Melayu sangat selesa membeli dengan toke-toke bukan Melayu.Itu belum lagi bengkel kereta,kedai elektrik,kedai gunting,atau perniagaan berkaitan perkhidmatan seperti firma guaman.

Beliau juga cuba untuk menjustifikasikan bahawa dengan pemberian taraf bumiputera kepada semua kaum yang lahir selepas 31 Ogos 1957 akan merealisasikan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Sebenarnya memang senang kerajaan untuk memberi taraf bumiputera kepada semua.Tetapi besediakan rakyat untuk mewujudkan satu aliran sekolah, satu bahasa (Melayu), satu kumpulan nama individu, satu pakaian kebangsaan dan sebagainya yang ditafsirkan sebagai satu dengan monolak semua yang tidak dianggap sebagai hak majoriti.Contoh yang mudah boleh dilihat di Indonesia, Thailand,Filipina. Malah, Amerika yang dianggap demokratik sekalipun hanya ada satu sistem di dalam semua bidang.

Menurut Presiden PAMM itu lagi, Manoharan masih belum memahami sepenuhnya konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Konsep ini secara jelas menyebut '1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', bukannya bumiputera didahulukan.Maksudnya, apa sahaja usaha dan peluang untuk meraih kekayaan dan kemakmuran di negara ini terbuka kepada semua rakyat.Tiada kaum yang boleh mencemburui kekayaan kaum lain sedangkan peluang terbuka kepada semua.Lihatlah siapa yang paling kaya di Malaysia dan Asia.

Apabila disebut 'rakyat' maka semua rakyat Malaysia akan didahulukan tanpa mengira kaum. Oleh itu isu bahawa bukan Melayu dipinggirkan tidak akan timbul sama sekali.

M. Manoharan cuba untuk mencari publisiti murahan tanpa memikirkan akibat terhadap perbuatan beliau. Di dalam situasi di mana negara sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi dan wabak penyakit selesema babi, adalah kurang sesuai untuk untuk seseorang yang dipilih oleh rakyat membawa isu yang berbahaya ini ke DUN yang mulia.

Adalah lebih baik YB sekalian membantu Perdana Menteri membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan seterusnya membesarkan lagi 'peluang ekonomi di negara ini agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat sama-sama menikmati kekayaan tersebut.

Publisiti murahan seperti ini akan menyusahkan lagi negara. Jangan didebatkan perkara yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.Penduduk Melayu Singapura pun tetap menghormati pemimpinnya yang bukan Melayu,sedangkan mereka lebih berhak mengetuai dan menguasai pelbagai bidang di negara yang dikenali Temasik satu masa dahulu.Inikan pula kaum bukan Melayu di Malaysia.

Rakyat Malaysia telah hidup aman damai lebih dari 50 tahun. Setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Marilah kita bersama-sama terus mengekalkan keharmonian ini untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

Monday, June 1, 2009

Ain Jamaludin...



Jemputan Perkahwinan Ain dan Ariel di Oriental Cristal Jam 8.00 mlm pada 30 Mei 2009... Semoga mereka di cucuri rahmat dan bahagia hingga ke akhir hayat...aminnnnnnnnn...

Wednesday, May 20, 2009

Video Family Day PD

video

Solution video agak rendah,utk paparan sahaja...

inginkan yg Original sila maklumkan pd saya...

hapuskan cetak rompak...

Family Day Port Dickson






Terima kasih tak terhingga atas kerjasama anda dlm menjayakan program ini, simple tapi meriah banget...
memang byk sungguh menu pada hari itu, antaranya:
Potluck:-Naget goreng 2 bekas,nasi lemak satu balang, tembikai 2 bijik,keropok lekor satu besen,nasi putih satu balang tarmos,ulam-ulam, laksa power satu kawah, jajan dan kekacang satu kedai dan lain lain lagi...
hadiah lain yg diterima ialah coklat dazzel,baju Program TAKES JOWS,hamper dan hadiah persendirian (tukar2)....
dan ini sebahagian gambar dan mengharap sumbangan dari kamera kengkawan lakk...
link gambor lain ---->> http://www.flickr.com/photos/28484956@N06/ sila klik

Tuesday, May 19, 2009

Hari Keluarga Ex-JOWS Selesai

Seperti yang dirancang dan di uar-uarkan sebelum ini, program hari keluarga ex-JOWS yang mendapat sentuhan nama 'Jom Bakor BBQ' oleh pengerusinya telah berlangsung dengan aman dan damai tanpa sebarang insiden buruk atau pergaduhan kaum.
Kehadiran awal 2 AJK merangkap peserta bersama keluarga masing-masing ke PD telah mengangkat semangat dan keterujaan untuk peserta lain ke sana.Mereka telah sampai seawal jam 11 malam sabtu 15/5/2009 dengan menaiki 2 kereta. Kepenatan menguruskan persiapan beberapa hari sebelumnya tidak langsung memberi tekanan kepada mereka berdua, ditambah lagi dengan rasa mengantuk memandu ketika orang lain sudah masuk tidur.
Penulis sampai di Pantai Lido PD jam 8.20 pagi lebih awal dari peserta lain yang bertolak pagi. Lagipun rumah saya terletak di Nilai,lebih kurang 40 minit dari PD.Ketika sampai, kelihatan Azhari dan Fadzli sedang leka dengan tugas masing-masing memasang khemah dan mengemas barang-barang majlis tersebut.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Amir dan Denish pula sampai.Kedua-dua jejaka bujang yang tidak menyertai konvoi Jamal dan Hakim dimaklumkan bertolak dari Nilai,kami tak pasti adakah mereka tidur di hentian Nilai atau tidur di rumah Amir di Nilai. Lebih kurang jam 9 pagi beberapa peserta dari Sepang dan Kuala Langat sampai,kehadiran mereka menambah lagi semangat AJK untuk meneruskan program. Tepat jam 10.30 pagi program ini telah mempunyai bilangan peserta yang mencukupi iaitu sekitar 18 orang kakitangan dan 20 pengiring (isteri/suami/anak/kawan/ibu) dan dianggap memberansangkan.
Apa yang penulis ingin nyatakan di sini, walaupun majlis tersebut dianggap ringkas, ia telah meningkatkan lagi ikatan ukhwah di kalangan kakitangan LZS yang pernah disatukan di bawah Jabatan Operasi Wilayah Selatan. Perjumpaan ini dapat mengemaskini maklumat kawan-kawan yang tertinggal sama ada perkahwinan, bilangan anak, hilang upaya dan sebagainya.
Majlis ini memberi kebebasan kepada peserta untuk bersantai sambil makan makanan laut yang dipanggang oleh 2 jejaka Politeknik Port Dickson.Minta sahaja lauk apa yang dinginkan,semuanya telah disediakan oleh AJK dan peserta, dari ayam bakar, ketam bakar, ikan bakar, sotong bakar, udang bakar hinggalah juadah harian laksa, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.
Program ini diselang seli dengan beberapa acara sukaneka bagi mewujudkan rasa ceria dan mengeratkan silaturrahim. Seronok juga melihat telatah kawan-kawan yang terkial-kial mengisi air laut di dalam belon menggunakan botol dan mengisi air laut di dalam botol menggunakan span. Mungkin ringkas, tetapi simbolik kepada golongan yang mendalami ilmu isi mengisi ini. Tetapi keterujaan peserta untuk melihat ketua kumpulan masing-masing memiliki wajah putih melepak tidak dapat dibendung. Ini dibuktikan dengan penyertaan Mr Din, Tamsir, Azhan dan Fadhli Yohman di dalam acara semut cari gula.Habis muka dan baju dipenuhi dengan tepung gandum yang dibeli khas di pasar raya Giant.Apapun tahniah la bro kerana sudi berhias dengan tepung, bukan selalu, sekali seumur hidup je.
Acara 'seiring sepeluk' pula kawan-kawan setiap kumpulan sudi bergandingan secara berdua-dua dengan kaki terikat sambil berjalan di pantai dengan jarak 15 meter.Bukan acara ini yang pelik tetapi salah seorang peserta yang berlari dengan mendukung anak,maknanya 3 orang dalam satu kumpulan.Tak kisah,janji menang.
Acara yang dinantikan dan paling menguji mental dan fizikal peserta iaitu aksi mendayung. Setiap kumpulan menghantar 2 orang peserta untuk menaiki kayak dan berdayung sehingga ke penanda yang diletakkan kira-kira sejauh 150 meter nautika. Kemudian diminta patah balik ke pantai. Berkayak adalah biasa dan selalu di lihat di TV, tetapi melihat kawan-kawan tersasar ketika berkayak dan berada di laluan yang tidak sepatutnya lebih menarik perhatian ahli lain dan pengunjung di pantai PD hari itu.Masing-masing gelak nak pecah perut apabila melihat peserta kumpulan 'Pantai' gagal mengemudi kayak mereka dan kembali semula ke pantai dalam beberapa saat dilepaskan sebelum di arah bergerak semula ke arah penanda. Lebih kelakar lagi apabila mereka sukar memusingkan kembali kayak selepas berada di dalam jarak 150 meter nautika dari pantai. Apapun itu cuma hiburan untuk kawan-kawan, tidak berniat untuk melemaskan dan menghanyutkan sesiapa.
Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur dan para peserta yang bertegang urat peha dan betis menjayakan program ini. Sebuah program yang santai tetapi simbolik dan penuh makna tersendiri.Pergilah berurut jika anda ada masalah urat saraf dan segala bayaran yang belum dilunaskan,rujuklah dengan Fadzli.

Friday, May 15, 2009

Panduan Ke PD




Cuba baca papan tanda di sepanjang perjalanan anda

Permainan Sukaria di PD



Atas inisiatif pimpinan kelab JOWS, terdapat 2 permainan yang di tawarkan dengan harga murah kepada ahli selepas majlis berlangsung iaitu 'kayaking' RM15 1 jam boleh naik 2 orang (RM7.50 seorang) dan 'banana boat' RM15 seorang sehingga terbalik boleh naik 6/7 orang.

Hari Keluarga Kelab JOWS di Port Dickson

Tarikh sebenar untuk mengadakan hari keluarga tersebut sepatutnya berlangsung pada bulan Mac, kemudian ditunda kepada bulan April 2009. Semuanya akibat pertembungan dengan program-program lain yang dibuat pihak atasan syarikat induk JOWS.
Selepas perbalahan dan perdebatan hangat yang berlaku dikalangan pimpinan JOWS pusat, maka telah dipersetujui tarikh baru iaitu 16 Mei 2009 (sabtu).Itupun jenuh sepak terajang di sana sini dikalangan pimpinan dan ahli bawahan. Sebenarnya bukan mudah untuk menjayakan majlis berbajet RM1000 ni berbanding majlis berbajet RM50,000 yang biasanya dibuat syarikat induk JOWS. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira dan dicongak, darab, bahagi dan tambah. Ada satu kumpulan ahli teringin nak bermalam di PD, yang satu kumpulan lagi tak kisah walaupun buat setengah hari. Ada kumpulan yang nak pergi bujang, satu kumpulan lagi nak pergi dengan keluarga. Maka peninglah pimpinan kelab nak atur program.Akhirnya diputuskan pergilah ikut suka hati, nak bawa diri atau nak bawa peneman diri.Pimpinan kelab pun amat memahami keperluan ahli dan tidak terlalu tegas dan bersyarat.Sebab matlamat utama ialah mengeratkan ukhwah masing-masing.
Selepas selesai mengatur segala keperluan di PD dan tempahan kemudahan asas, timbul pula masalah separuh asas.Penulis tak dapat nak cerita di sini,kena tanya pimpinan kelab.
Tetapi apa yang menyeronokkan ialah terdapat beberapa syarikat yang sudi memberi hadiah dan cenderamata kepada kelab. Kita semua kena tunggu apakah jenis-jenisnya, penulis tak dapat cerita di sini kerana terlalu istimewa.
Satu lagi yang meyeronokkan, sukaneka yang dianjurkan. Ia boleh dikelaskan sebagai acara berprestij dan hebat. Penulis percaya semua ahli tertunggu-tunggu apakah acaranya. Bagi ahli yang tak berminat masuk acara,cukuplah membawa alat sorak sokong.

Betul ke ini???

1.Adakah Penambahbaikan teknologi petrol?
2.Adakah alasan menaikkan harga petrol?
3.Adakah mempunyai propaganda lain?
4.dan apakah 'pro' dan 'con' ?
Nantikan September 2009 INI...


PUTRAJAYA - Orang ramai bakal mempunyai lebih pilihan dalam penggunaan petrol apabila kerajaan memperkenalkan minyak baru iaitu petrol tanpa plumbum RON 95 dengan harga RM1.75 seliter berkuat kuasa mulai 1 September ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan petrol RON 95 yang disubsidikan kerajaan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi menggantikan penggunaan petrol RON 92."RON 95 ialah minyak berkualiti, kurang mencemarkan udara dan harganya lebih rendah berbanding RON 92."Kerajaan memberi subsidi 3 sen untuk setiap liter untuk minyak RON 95,'' katanya selepas merasmikan penjualan petrol RON 95 di Stesen Minyak Petronas 9D di Presint 9 di sini semalam.Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.Ekoran pengenalan petrol baru itu, Ismail memaklumkan, petrol RON 97 yang digunakan ketika ini akan dijadikan produk premium bermula September ini dan dijual pada harga baru iaitu RM2 seliter berbanding RM1.80 ketika ini."Pengguna tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga RON 97 kerana petrol RON 95 sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di negara ini termasuk kereta mewah,'' jelas beliau.

Tuesday, April 21, 2009

PAS Tidak Berwala' dengan Bukan Islam

SETIU, 17 April – Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC.
UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan prinsip Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.

“Alah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam,

“kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.

Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.

Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.

“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia, dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,

“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.

Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.

Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,

“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”

“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”

“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.

Oleh itu, katanya sebab itulah DAP kelar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.

Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan.

“Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia,

“Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.

Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO

Thursday, March 26, 2009

Sistem Khalifah Vs Sistem Parti

Ada sesetengah pihak berpendapat, Malaysia telah tersilap dalam mencorakkan sistem pentadbiran negara,kerana hanya berpaksikan barat dan tidak mampu lari dari pemikiran yang ditanam oleh penjajah selama ratusan tahun. Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem parti yang dianggap demokrasi tulen:
1. Menjadikan masyarakat Malaysia hidup dalam puluhan kumpulan sehingga bermusuhan.
2. Menyebabkan rakyat selalu keliru, adakah mereka perlu memilih calon yang baik ataupun parti yang mempunyai rekod baik.Jika calon,maka terpaksalah diketepikan soal parti,jika parti apakah jaminan kualiti calon.
3. Mewujudkan semangat cintakan parti melebihi cintakan agama,bangsa dan negara.
4. Banyak masa, wang ringgit dan tenaga dihabiskan untuk menegakkan kekuatan parti sebelum,semasa dan selepas pilihanraya.Bagi ahli, parti mereka adalah segala-galanya, siapa yang jadi pemimpin dia yang kita sokong.
5. Parti yang majoroti adalah yang berkuasa walaupun satu undi, sedangkan sebahagian yang lain tidak menyokong parti tersebut.
6. Parti yang berkuasa majoriti akan menyebabkan sesuatu undang-undang itu diluluskan walaupun parti minoriti mempunyai idea yang lebih baik.Maknanya undang-undang disokong dan diluluskan kerana mengikut parti pemerintah.

Maka bagi sistem khalifah, kebaikannya adalah perkara disebalik apa yang saya nyatakan di atas.
1. Tiada kumpulan yang bermusuhan mudah diwujudkan kerana rakyat memilih wakil mereka yang terbaik dengan melihat ilmu,akhlak,adil,kepimpinan dan sebagainya.
2. Pasti rakyat tidak keliru kerana mereka tidak perlu melihat pada parti tetapi diri wakil tersebut.
3. Wujudlah semangat cintakan agama, bangsa dan negara kerana bebas dari amalan berpuak.
4. Sudah pasti wakil yang dipilih tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk menaikkan diri mereka, hanya perlu bersama rakyat.
5. Individu yang dipilih sudah tentu mewakili citarasa semua rakyat di kawasannya.Jika ada yang tidak menyokong pun disebabkan mereka malas, pentingkan diri sendiri, penjenayah dan sampah masyarakat.
6. Wakil yang dipilih sudah tentu mengeluarkan idea terbaik sama ada meyokong atau menentang sesuatu isu,disinilah prinsip syura diamalkan.

Semoga apa yang ditulis ini mencetuskan idea baru di kalangan kita.

Tuesday, March 24, 2009

Islamic Hijri Calendar

Take a look at this:
http://al-habib.tripod.com/islamic-clock/squaredeco02.htm

Friday, February 27, 2009

Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq : Perosak Sejarah Awal Islam

Namanya Muhamad bin Ishaq. Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai 'bapa sirah' dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya. Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.
Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.
Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah. Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra
Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.



b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.



c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari. Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma' dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.



d) Kisah Isra' nabi dari rumah Ummu hani'. Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam. Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri. Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.



e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan 'mempersaudarakan' itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.



Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :



''…..salah seorang dajjal " , " Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah" - Imam Malik



"Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) " - Ali Ibnu Al-Madini



" Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih" - Imam Nawawi



"Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar " - Yahya bin Said al-Qatthan



Mereka yang men'ta'dil' kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap "Taqiyah" yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.



Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.



Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total. Wallahua'lam

Wednesday, February 18, 2009

Percutian Di Port Dickson (pilihan 3) Mayang Sari



Percutian Di Port Dickson (pilihan 2) Ilham