SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Thursday, February 12, 2009

Le Tour De Langkawi


LZS Bangi mengalu-alukan kehadiran pelumba antarabangsa ke Bangi untuk menjayakan Le Tour De Langkawi. Pihak kakitangan LZS Bangi juga berbesar hati membenarkan penggunaan petak letak kereta oleh jurugambar RTM, MPKJ, Telekom, Proton dan lain-lain lagi. Petak letak kereta sebelum itu adalah di khaskan kepada 3 orang kakitangan iaitu Azhari, Shaiful Riza dan Abdul Halim. Pihak kami juga tiada masalah untuk bersetuju dengan penutupan beberapa jalan di sek. 8 Bangi.Semoga pasukan Malaysia berjaya.

Laluan ke-4 ini melibatkan beberapa bandar dan pekan selepas menamatkan laluan ke 3 semalam. Laluan ini dianggap panjang dan memakan masa selama 5 jam. Ia bermula di Melaka dan melalui Tanjung Keling, Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah sehinggalah ke Akademi Laut Malaysia di Kuala Sg Baru dengan jarak 37km.

Selepas itu pelumba akan melalui jalan berliku dan berlopak di Pengkalan Kempas, Pasir Panjang dan mematkan pusingan kedua di Port Dickson. Selepas berhenti rehat, pelumba dituntut bersiap melalui kawasan berbukit iaitu Bukit Tangga untuk mencari Raja Bukit.

Namun kawasan paling mencabar bagi peserta ialah melalui 2 bukit, Genting Perez dan Hulu Langat. Perlumbaan akan berakhir di Bangi dimana penentuan juara akan dibuat di hadapan kompleks PKNS Bangi.


Abdul Halim
Wartawan LZS

No comments: