SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...
Wednesday, February 18, 2009
Thursday, February 12, 2009
Le Tour De Langkawi

LZS Bangi mengalu-alukan kehadiran pelumba antarabangsa ke Bangi untuk menjayakan Le Tour De Langkawi. Pihak kakitangan LZS Bangi juga berbesar hati membenarkan penggunaan petak letak kereta oleh jurugambar RTM, MPKJ, Telekom, Proton dan lain-lain lagi. Petak letak kereta sebelum itu adalah di khaskan kepada 3 orang kakitangan iaitu Azhari, Shaiful Riza dan Abdul Halim. Pihak kami juga tiada masalah untuk bersetuju dengan penutupan beberapa jalan di sek. 8 Bangi.Semoga pasukan Malaysia berjaya.
Laluan ke-4 ini melibatkan beberapa bandar dan pekan selepas menamatkan laluan ke 3 semalam. Laluan ini dianggap panjang dan memakan masa selama 5 jam. Ia bermula di Melaka dan melalui Tanjung Keling, Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah sehinggalah ke Akademi Laut Malaysia di Kuala Sg Baru dengan jarak 37km.
Selepas itu pelumba akan melalui jalan berliku dan berlopak di Pengkalan Kempas, Pasir Panjang dan mematkan pusingan kedua di Port Dickson. Selepas berhenti rehat, pelumba dituntut bersiap melalui kawasan berbukit iaitu Bukit Tangga untuk mencari Raja Bukit.
Namun kawasan paling mencabar bagi peserta ialah melalui 2 bukit, Genting Perez dan Hulu Langat. Perlumbaan akan berakhir di Bangi dimana penentuan juara akan dibuat di hadapan kompleks PKNS Bangi.
Abdul Halim
Wartawan LZS
Monday, February 2, 2009
Thursday, January 29, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Syor Malaysia usul pakatan tentera Islam

KEKEJAMAN kerajaan Israel terhadap rakyat Gaza adalah sama saja seperti kekejaman kerajaan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua pada 1940 sehingga tamatnya peperangan di Eropah pada Mei 1945.
Pada era itu semua orang Yahudi yang tinggal di seluruh pelosok Eropah dikumpul dan ditempatkan di kawasan khas yang dikawal rapi tentera Jerman yang dikenali sebagai Ghetto. Kawasan Ghetto adalah seperti kem penempatan pelarian, sesetengahnya adalah seperti di kawasan yang terdapat di Gaza sekarang ini. Penduduk di kawasan Ghetto dicatu bahan-bahan asas seperti makanan, air dan elektrik.
Oleh kerana kawasan Ghetto terlalu terhad untuk dijadikan tempat penahanan Yahudi, pihak Nazi Jerman secara sistematik menubuhkan satu penempatan lain dikenali sebagai Concentration Camp atau Death Camp. Kem-kem ini adalah seperti kandang-kandang lembu. Beratus-ratus kem seperti ini dibina di seluruh Eropah bagi menempatkan beratus ribu rakyat Yahudi, Gypsy, orang Slav dan minoriti yang lain.
Ramai tahanan yang mati kerana diseksa, kebuluran, wabak penyakit atau ditembak mati secara rawak. Kekejaman ini dibuat secara sengaja bagi mengurangkan bilangan Yahudi yang hidup. Pada tahun 1943, oleh kerana masalah penempatan Yahudi tidak dapat diselesaikan, Hitler telah mengeluarkan satu perintah yang dikenali sebagai Final Solution yakni pembasmian beramai-ramai orang Yahudi. Semua kem telah dilengkapi dengan bilik-bilik gas beracun untuk tujuan pembunuhan beramai-ramai.
Dari pengamatan saya, Israel sekarang ini menggunakan cara yang sama seperti yang digunakan oleh Hitler 60 tahun dulu bagi menyelesaikan masalah mereka mengenai penduduk Gaza. Kaedah yang digunakan sekarang oleh Israel ialah seperti Hitler mengenakan tindakan terhadap penempatan Ghetto di Warsaw, Poland. Melalui kaedah itu orang Yahudi akan diheret keluar dari rumah mereka dan ditembak di kawasan orang ramai atau di atas jalan raya.
Tunjuk perasaan, boikot, protes, persidangan PBB, gencatan senjata, percayalah, tidak akan memberi sebarang kesan. Apa yang perlu dibuat oleh negara-negara Islam adalah dengan menubuhkan pakatan tentera seperti NATO atau Warsaw. Masalah Palestin bukan satu masalah yang baru dibangkit, malah tiada penyelesaian sejak berpuluh tahun dulu.
Kekerasan tentera mestilah diikuti oleh tindakan ketenteraan di pihak satu lagi. Jika Malaysia dapat menyuarakan idea ini, saya rasa 95 peratus akan bersetuju (mungkin Arab Saudi dan beberapa negara Arab tidak bersetuju kerana negara itu kepada bergantung dengan pertahanan Amerika bagi menjaga kepentingan dan kekayaan negara mereka).
Negara Islam mempunyai hak yang sama dengan negara Barat untuk menubuhkan pakatan ketenteraan ini.
Saya merayu kepada kerajaan Malaysia mengusulkan cadangan. Jangan takut kalau kita benar.
AHMAD,
Massachusetts Avenue
Boston, Amerika Syarikat
Friday, November 28, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Program Qiamulail JOWS...
Masa nie tgh meeting JOWS.
Sarapan pagi.
Pemantapan Rohani (Qiamulail & solat Subuh)
ingin melihat gambor lain sila klik --->> http://www.flickr.com/photos/28484956@N06/
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Jamuan Raya JOWS ari tu....

selesai sudah mesyuarat wilayah dan sekali gus jamuan Hari Raya JOWS yg telah diadakan di Secawan Kopi kat cheras depan Cerana..meriah sungguh masa tu...yg paling cepat abis Char Kuew Tiaw ngan Sate Kajang...terima kasih kehadiran tuan-tuan dan puan-puan... harap dimasa akan datang diadakan dgn lebih kren lagik...so what gitu lohhhhhhhhhhh...heheheh
nk tengok gambar lain sila layari: http://www.flickr.com/photos/28484956@N06/
SELAMAT JADIK APAK...

Bermulalah lembaran baru seorang bujang ke alam perkahwinan terus ke alam bapa, inilah pengalaman yg tidak boleh dibeli kat supermarket atau kedai mamak. setiap kejutan ini akan dirasai samada bersedia atau tidak bolos saja dinding ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... ini lah kehidupan yg bakal dilalui oleh semua lelaki yg normal lagi gagah mcm RIDZUAN ini...hehehehe kalo masa bujangnya bila bercerita mesti terkene sindiran kengkawan, seperti contoh"ko tak kawin,mana tau lagik" tu lah ayat yg selalu diulang yg terngiang di kepala...sehingga terdiam tidak terkata...ttp sekarang,segala cerita kehebatan boleh dibanggakan para pria-pria terhebat yg telah merasai alam yg penuh nikmat dan panca roba ini...heheheh

heheheheh...sebelom aku lelalut jauh...tahniah en.Ridzuan kerana berjaya menghadapi situasi yg mendebarkan dan selamat menjadi Abi,Ayah,Abah dan sebagainya yg penyayang dan pendidik yg berhemah...
gambor yg lain sila layari: http://www.flickr.com/photos/28484956@N06/
Thursday, October 16, 2008
MOH RAMEI-RAMEI BERAYE...


mARI Mari mAri.....kepada semua kengkawan JOWS dan mereka2 yang telah banyak menabur bakti kepada JOWS sepanjang bulan Ramadhan tempoh hari kami di JOWS mengucapkan selamat datang...selamat menyambut eidulfitri maaf zahir dan batin...moga ramadhan tahun hadapan mikei mikei semue ada lagi hendaknya.....InsyaAllah.....jangan lupa kita bersama ke :
Tempat : Cafe Secawan Kopi ( GroundFloor Lembaga Zakat Selangaor, Cheras )
Masa : 8.00 malam
Tarikh : 16 Oktober 2008
*jangan lupa bawa "pot luck" atau buah tangan memasing...bukannya apa cuma nak memeriahkan makanan yang dah sedia ada...."
Subscribe to:
Posts (Atom)






































