SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Tuesday, May 19, 2009

Hari Keluarga Ex-JOWS Selesai

Seperti yang dirancang dan di uar-uarkan sebelum ini, program hari keluarga ex-JOWS yang mendapat sentuhan nama 'Jom Bakor BBQ' oleh pengerusinya telah berlangsung dengan aman dan damai tanpa sebarang insiden buruk atau pergaduhan kaum.
Kehadiran awal 2 AJK merangkap peserta bersama keluarga masing-masing ke PD telah mengangkat semangat dan keterujaan untuk peserta lain ke sana.Mereka telah sampai seawal jam 11 malam sabtu 15/5/2009 dengan menaiki 2 kereta. Kepenatan menguruskan persiapan beberapa hari sebelumnya tidak langsung memberi tekanan kepada mereka berdua, ditambah lagi dengan rasa mengantuk memandu ketika orang lain sudah masuk tidur.
Penulis sampai di Pantai Lido PD jam 8.20 pagi lebih awal dari peserta lain yang bertolak pagi. Lagipun rumah saya terletak di Nilai,lebih kurang 40 minit dari PD.Ketika sampai, kelihatan Azhari dan Fadzli sedang leka dengan tugas masing-masing memasang khemah dan mengemas barang-barang majlis tersebut.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Amir dan Denish pula sampai.Kedua-dua jejaka bujang yang tidak menyertai konvoi Jamal dan Hakim dimaklumkan bertolak dari Nilai,kami tak pasti adakah mereka tidur di hentian Nilai atau tidur di rumah Amir di Nilai. Lebih kurang jam 9 pagi beberapa peserta dari Sepang dan Kuala Langat sampai,kehadiran mereka menambah lagi semangat AJK untuk meneruskan program. Tepat jam 10.30 pagi program ini telah mempunyai bilangan peserta yang mencukupi iaitu sekitar 18 orang kakitangan dan 20 pengiring (isteri/suami/anak/kawan/ibu) dan dianggap memberansangkan.
Apa yang penulis ingin nyatakan di sini, walaupun majlis tersebut dianggap ringkas, ia telah meningkatkan lagi ikatan ukhwah di kalangan kakitangan LZS yang pernah disatukan di bawah Jabatan Operasi Wilayah Selatan. Perjumpaan ini dapat mengemaskini maklumat kawan-kawan yang tertinggal sama ada perkahwinan, bilangan anak, hilang upaya dan sebagainya.
Majlis ini memberi kebebasan kepada peserta untuk bersantai sambil makan makanan laut yang dipanggang oleh 2 jejaka Politeknik Port Dickson.Minta sahaja lauk apa yang dinginkan,semuanya telah disediakan oleh AJK dan peserta, dari ayam bakar, ketam bakar, ikan bakar, sotong bakar, udang bakar hinggalah juadah harian laksa, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.
Program ini diselang seli dengan beberapa acara sukaneka bagi mewujudkan rasa ceria dan mengeratkan silaturrahim. Seronok juga melihat telatah kawan-kawan yang terkial-kial mengisi air laut di dalam belon menggunakan botol dan mengisi air laut di dalam botol menggunakan span. Mungkin ringkas, tetapi simbolik kepada golongan yang mendalami ilmu isi mengisi ini. Tetapi keterujaan peserta untuk melihat ketua kumpulan masing-masing memiliki wajah putih melepak tidak dapat dibendung. Ini dibuktikan dengan penyertaan Mr Din, Tamsir, Azhan dan Fadhli Yohman di dalam acara semut cari gula.Habis muka dan baju dipenuhi dengan tepung gandum yang dibeli khas di pasar raya Giant.Apapun tahniah la bro kerana sudi berhias dengan tepung, bukan selalu, sekali seumur hidup je.
Acara 'seiring sepeluk' pula kawan-kawan setiap kumpulan sudi bergandingan secara berdua-dua dengan kaki terikat sambil berjalan di pantai dengan jarak 15 meter.Bukan acara ini yang pelik tetapi salah seorang peserta yang berlari dengan mendukung anak,maknanya 3 orang dalam satu kumpulan.Tak kisah,janji menang.
Acara yang dinantikan dan paling menguji mental dan fizikal peserta iaitu aksi mendayung. Setiap kumpulan menghantar 2 orang peserta untuk menaiki kayak dan berdayung sehingga ke penanda yang diletakkan kira-kira sejauh 150 meter nautika. Kemudian diminta patah balik ke pantai. Berkayak adalah biasa dan selalu di lihat di TV, tetapi melihat kawan-kawan tersasar ketika berkayak dan berada di laluan yang tidak sepatutnya lebih menarik perhatian ahli lain dan pengunjung di pantai PD hari itu.Masing-masing gelak nak pecah perut apabila melihat peserta kumpulan 'Pantai' gagal mengemudi kayak mereka dan kembali semula ke pantai dalam beberapa saat dilepaskan sebelum di arah bergerak semula ke arah penanda. Lebih kelakar lagi apabila mereka sukar memusingkan kembali kayak selepas berada di dalam jarak 150 meter nautika dari pantai. Apapun itu cuma hiburan untuk kawan-kawan, tidak berniat untuk melemaskan dan menghanyutkan sesiapa.
Penulis mengucapkan tahniah kepada penganjur dan para peserta yang bertegang urat peha dan betis menjayakan program ini. Sebuah program yang santai tetapi simbolik dan penuh makna tersendiri.Pergilah berurut jika anda ada masalah urat saraf dan segala bayaran yang belum dilunaskan,rujuklah dengan Fadzli.

No comments: