SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Wednesday, August 20, 2008

Fadhilat Tarawih...


Fadilat sunat tarawih seperti yang difahami sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu` rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa.

Hadis palsu itu bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat tarawih.

Bagaimanapun, perkara itu semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas adanya pendedahan dan menyebarkan kesahihan hadis berkenaan kepada masyarakat.

Akan tetapi, golongan yang terus taksub menerima hadis maudu�, malah bersungguh-sungguh melakukan solat sunat tarawih dengan harapan memperoleh pahala seperti yang diwar-warkan dipercayai masih ada.

Tindakan terbabit jelas boleh mencemar kesucian Islam memandangkan hadis adalah antara sumber hukum yang disepakati faquha untuk menyelesaikan masalah selain pegangan hidup kedua umat Islam selepas al-Quran.

Malah, umat Islam yang beriktikad untuk menerima hadis maudu� sebagai pegangan atau galakan dalam beribadah pula dikhuatiri boleh menjurus kepada kufur.

Hadis maudu` mengenai kelebihan solat sunat tarawih ini dikatakan sebuah hadis yang agak panjang dan kononnya diriwayatkan oleh Khalifah ar-Rasyidin keempat iaitu Ali bin Abi Talib

Mengikut hadis rekaan itu, dengan mengerjakan solat sunat tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadan, umat Islam akan memperoleh pahala yang besar dan pahala itu adalah berlainan mengikut hari.

Antara pahala yang agak keterlaluan kononnya akan diperoleh individu yang mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat tarawih mengikut hadis palsu itu adalah:

l Malam Pertama: Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah.

l Malam Keempat: Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

l Malam Keenam: Memperoleh pahala 70 ribu malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur.

l Malam Ketujuh: Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa as serta menolong baginda menentang Firaun dan Hamman.

l Malam Kelapan: Memperoleh pahala seperti Nabi Ibrahim as.

l Malam Kesembilan: Memperoleh tingkatan ibadah seperti Nabi Muhammad saw.

l Malam Ke-17: Memperoleh pahala sebanyak pahala nabi-nabi.

l Malam Ke-26: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini pahala 40 tahun ibadah.

l Malam Ke-27: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqin seperti kilat menyambar.

l Malam Ke-29: Allah mengurniakan pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Hadis maudu� sebenarnya tidak boleh digunakan untuk sebarang hujah termasuklah sebagai galakan ibadah kerana ia jelas memaparkan kenyataan yang palsu dan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan dengan begitu baik.

Rasulullah sendiri sudah memberi amaran terhadap orang yang menggunakan nama baginda untuk mengadakan pendustaan sepertimana sabda Baginda: "Siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (*tambahan kepokwasabi : Sahih Bukhari dan Muslim)

3 comments:

Remaja ingin berdakawah said...

salam.

Encik, saya nak tanya. Ada tak bantuan perkahwinan untuk saya memohon? Sayarat untuk memohon?

P/s: bagaimana untuk saya hubungi encik?

WILAYAH SELATAN said...

salam....encik boleh menghubungi kami ditalian 03-89254933...tapi kalau tak silap bantuan untuk menampung kos perkahwinan tak ada lagi...saya rasa encik maksudkan perkara yang sama seperti di JAWI....untuk pengetahuan encik di KL memang ada bantuan seperti yg dimaksudkan tetapi buat masa ini di LZS belum ada lagi....mungkin masih dalam tindakan atau perbahasan untuk difatwakan....InsyaAllah kami akan cuba membantu sekiranya diperlukan dan memenuhi syaratnya....

remaja said...

InsyaAllah kami akan cuba membantu sekiranya diperlukan dan memenuhi syaratnya....

di mana lagi untuk saya mohon bantuan ye? Hanya untuk menampung duit buat kenduri ni. Lepas kenduri insya Allah ada rezeki :)

Terfikir nak buat loan tapi belum lagi. sebab takut sangat kalo terlanjur satu hari nanti. Saya ingin jalan yang betul :(