SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG WILAYAH SELATAN,MOGA SEGALA MAKLUMAT DAN MAKLUMAN YANG ADA INI SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG...SELAMAT MELAYARI...

Monday, August 25, 2008

Ternak Cacing...Apakata JPU&JPA? Bina Asnaf Cermelang...

KURSUS ASAS PENTERNAKAN CACING KOMPOS
& KE ARAH INTEGRASI PENANAMAN CILI
Kursus akan dijalankan pada
Tarikh : 14.09.08
Masa : 8.30 pg- 3.30 ptg (SATU HARI SAHAJA)
Tempat : No. A-15, Wisma Norbaya, Jalan 2/4C, Desa
Melawati, 53100 KL
Bayaran : RM238.00 Seorang
Peserta akan diajar secara amali dan teori :
1. Misi Penternakan Cacing Kompos
2. Mengenali spesies cacing/ Habitat/ Kitar hidup
3. Pemakanan dan Penyediaan medium
4. Pembiakan dan Penjagaan cacing
5. Penetasan Telur Cacing
6. Kawalan dan Keselamatan
7. Penuaian dan Pengasingan
8. Pembungkusan
9. Penawaran dan Permintaan pasaran
10. Potensi Usahawan Cacing
11. Model dan Strategi Pemasaran
12. Perancangan dan Pengurusan Kewangan
Latihan amali
1. Mengenali jenis cacing
2. Penyediaan medium.
3. Penyediaan Bekas Cacing
4. Menuai Cacing
“Contract farming” akan ditawarkan kepada yang
berminat dan begitu juga dengan pembekalan “medium”
untuk penternakan cacing pada harga yang
berpatutan.
Anda akan diberi tips untuk mengamalkan sistem
integrasi antara penternakan cacing dan tanaman
cili untuk menambah pendapatan anda

6 comments:

Anonymous said...

er... tu ternak dekat rumah je ke? 6 kotak tu leh dapat berapa income sebulan ye? saya berminat jugak ni

WILAYAH SELATAN said...

hmmmmm....kalau tak silap sekarang ni harga sekilo cacing mencecah hingga RM300.....kalau sekotak cacing tu dapat sampai 6 kilo...hah macam mana plak kalau ada 6 kotak......nikmat rezeki yang tuhan bagi perlu disyukuri bersama....yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang.....perlu dipecah ruyongnya....selamat mencuba...

Anonymous said...

Alhamdulillah rezeki tu. Macam pakcik ni duduk kat bandar sesuai ke nak bela?

Anonymous said...

salam....setahu saya la pakcik... menternak cacing ni tak memerlukan ruang yang besor sangat...cukup memadai kalau ada bangsal lama ker yang di kemaskini balik....yang penting cacing amik masa yang lama untuk melarikan diri dari tuannya...hehe gurau jer pakcik...kalau nakkan info yg lebih pakcik boleh joint taklimat tu...

Anonymous said...

owh bukan apa. kat bandaraya ni mana la ada bangsal. rumah teres je ni. Insya Allah pakcik akan pergi :)

kenapa nama anonymous? anonymous bin apa? macam palik je nama. mintak maaf la pakcik cuma tanya sahaja

WILAYAH SELATAN said...

salam...yang anonymous tu sebenarnya saya dah terlajak klik...dier tak kuar nama so minta maaf la pakcik...hamba budak baru belajar...terlajak perahu boleh diundur terlajak klik hehe ni lah padahnya...ooo pakcik tinggal kat umah teres...takpa kalau ada ruang boleh savekan space sikit macam nak tanam bunga buat bumbung hitam tu....macam gitu rrrr...cuba cuba hehe...